Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: Facebook



Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi




Gambar depan kelas masa kelas berbantukan komputer




Gambar lepas perasmian Pesta Makanan Tradisional 2018


Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

NOTA VIDEO TANPA WAJAH

Video tanpa wajah merupakan video yang langsung tidak menampakkan rupa pelakon dalam sesuatu video itu. Video tanpa wajah diambil atau dirakam dengan memfokuskan satu objek utama seperti tangan, kaki, anak patung atau sebagainya. Video tanpa wajah direkod berdasarkan 1 buah lagu yang dipilih dan mempunyai cerita yang ingin disampaikan. Video tanpa wajah boleh dirakam atau direkod di lokasi atau kawasan yang berbeza. Video tanpa wajah boleh disunting seperti melaraskan pencahayaan, lagu atau sebaliknya.

BBM3410/18: Nota Video One Shot

NOTA VIDEO ONE SHOT

πŸ‘‰ One Shot One Layer
Video one shot merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Kamera atau alat perakam video perlu berada dalam keadaan yang stabil. Dalam sesuatu video one shot yang bergerak hanyalah objek dan bukannya kamera. Semua objek bergerak pada masa yang sama kearah kamera. Jadi bagi video one shot objek akan bergerak fokus kepada kedudukan kamera yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana, kedudukan kamera adalah tetap dan solid.

πŸ‘‰ One Shot Two Layer
Video one shot Two Layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa mengubahkan kedudukan atau posisi kamera. Namun, kedudukan objek yang rakam mestilah satu yang menyanyi dan satu lagi berlakon. Dalam video one shot two layer, hendaklah direkod ditempat yang lapang dan tiada gangguan seperti pokok yang bergerak atau kenderaan yang lalu lalang. Sekiranya terdapat gangguan ketiga dalam video tersebut, video itu tidak dikira sebagai video two layer.

πŸ‘‰One Shot Three Layer
Video one shot three layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Dalam video tersebut objekl seperti penyanyi dan pelakon bergerak serentak dan mempunyai objek tambahan yang bergerak secara tidak sengaja. Namun, video ini direkod secara tidak sengaja dan sekiranya terdapat gangguan seperti pokok atau kenderaan lalu lalang ia di bolehkan. Perkara ini yang akan  menggambarkan three layer dalam video tersebut.

BBM3410/18: Nota Papan Cerita

NOTA PAPAN CERITA

Papan cerita merupakan lakaran bagi mengambarkan idea dan turutan isi kandungan yang terdapat dan digunakan. Idea dan isi kandungan boleh digambarkan dalam bentuk papan cerita seperti lukisan, animasi, lakaran dan sebagainya.

Dengan adanya papan cerita, sesuatu benda yang dihasilkan akan berjalan dengan lancar dan mengikut aturan tanpa meninggalkan maklumat-maklumat penting. Di samping itu, papan cerita juga akan memudahkan sesuatu penghasilan. Sebagai contoh, dalam menghasilkan sebuah E-majalah yang memfokuskan objek utamanya iaitu botol air, gambaran awal pada papan cerita hendaklah melakar jenis botol air, warna botol air, bentuk botol air, saiz dan fungsinya. Ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan idea dan objek tersebut.

BBM3410/18: Nota Asas Grafik


NOTA ASAS GRAFIK

Antara ciri asas grafik adalah seperti berikut:

πŸ‘‰ Mudah
Seuatu asas grafik mestilah mempunyai ciri mudah. Hal ini demikian kerana grafik yang mudah akan memudahkan pemahaman orang yang melihat terutamatanya. 

πŸ‘‰ Keseimbangan
Ciri keseimbangan merupakan ciri yang perlu ada dalam asas grafik. Keseimbangan di sini merujuk kepada objek yang terdapat dalam sesuatu grafik itu seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Keimbangan ini akan menampakkan sesuatu grafik itu kemas dan menarik.

πŸ‘‰ Kesesuaian
Ciri kesesuaian dalam sesuatu asas grafik ialah objek, latar belakang, warna dan tulisan yang digunakan adalah sesuatu bagi merujuk objek tersebut.

πŸ‘‰ Warna
Ciri warna dalam sesuatu asas grafik perlulah sesuai dan menarik. Kombinasi warna yang digunakan akan mencantikkan dan menarik minat orang yang melihatnya.

πŸ‘‰ Teks
Ciri teks merupakan ayat atau slogan yang digunakan adalah bersesuaian dengan gambar. Bukan itu sahaja saiz tulisan dan jenis tulisan juga adalah penting. Hal ini demikian kerana, teks yang baik akan memberi mesej yang baik kepada pembaca apabia membacanya.

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Minggu 9 (Adobe Photoshop)

Hai, Assalammualaikum...

Tengah sedap-sedap makan nasi kerabu Cikgu Jani kat Sri Serdang, tiba-tiba dapat whatsapp dalam group kena rekod diri tengah buat Adobe Photoshop (Kalendar).

Apa lagi, bertambah selera lah aku makan.. huhu hakikatnya tengah gelabah masa tu.

Makan cepat-cepat terus request My Car balik kolej. Ingat nak balik dengan bas free Smart Selangor. Tapi memandangkan bas tu kena tunggu lama so aku ambil keputusan balik dengan My Car. Terbang melayang duit aku 2 ringgit.. huhu

Jadi sampai bilik, buka laptop terus buat Adobe Photoshop.
Gigih gila aku...

Demi markah ku relakan jua.. gittieww

So aku letak sikit video aku tengah buat kalendar 2019.

Disebabkan video ni lebih 100MB dan blog tak support. Jadi aku masukkan dekat YouTube dulu.

Boleh klik link dibawah untuk tontonan... hihi

https://youtu.be/nrjH-aAVOhM





Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Twitter

Media sosial yang paling best atau yang paling aku suka ialah Twitter.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya, kat Twitter lah kita boleh dapat semua maklumat.

Kat Twitter jugak lah kita boleh update apa-apa je tanpa fikir hal orang lain.

Senang cite kat Twitter lha tempat aku lepak selalu.

Baca ayat-ayat power, kadang-kadang boleh sentap sorang-sorang...hahaha

Kat Twitter jugak lah kena buat tugasan Prof.

Hilang privasi terus sebab kena follow kawan-kawan kelas yang lain... huhu

Tapi demi tugasan ku relakan jua...












BBM3410/18: Rindu

Kadang-kadang rindu pada yang tiada rasanya sangat perit.

Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Hanya orang yang laluinya saja dapat rasa perasaan tu.

Aku sebenarnya rindu mak dan ayah aku.

Dah lama aku tak lontarkan kalimah "mak" dan "ayah" tu. Rasa janggal kalau sekarang orang suruh lontarkan.

Sudah 16 tahun aku hidup tanpa kasih seorang ayah dan 6 tahun tanpa peluk cium seorang ibu.

Permulaan Darjah 1 dengan tagisan hilangnya seorang ayah dan pengakhiran Tingkat 5 dengan tangisan hilangnya aku seorang ibu.

Dan aku berdoa agar tamatnya pengajian aku di peringkat ijazah sarjana muda tanpa sebarang tangisan air mata.


Doakan aku untuk terus tersenyum dalam setiap tangisan yang pernah aku lalui.



BBM3410/18: Gula Ketuk

Hai gais...

Hari ni aku nak cerita tentang gula ketuk.

Mesti korang tak pernah dengar dan tahu pasal gula ketuk ni kan.

Aku pun pertama kali tengok gula ketuk ni dakat ioi. Jakun jugak aku masa tu. Tu pun sebab aku tertarik dengan bunyi ketukan yang kuat tu.

Aku ingatkan ioi tengah buat ubah suai ke apa ke masa tu. Rupanya sorang amoi cantik tengah ketuk gula.

Tulah pertama kali aku tengok dan dapat rasa gula ketuk. Sedap jugak rasa dia. Rasa dia tak terlalu manis rasa manis-manis buah je.

Aku cadangkan pada yang tak pernah cuba nanti korang cubalah. Boleh dikatakan gula ketuk ni makanan yang unik lah bagi aku.

Tak menyesal aku cuba.




Sunday, November 11, 2018

BBM3410/18: Jom main ais




Hai gais...

Aku nak cerita pengalaman aku main luncur ais ni ha.

Tapi tu lah. Aku main tak luncur-luncur pun. Jatuh tergolek macam nangka busuk adalah...

Best main benda ni, rasa romantik ja... hahaha

Seumur hidup aku baru 2 kali aku main benda ni tu pun masa tingkatan 4 dan masa semester 2 kat UPM ni ha...

Walaupun aku tak power macam orang lain main tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk main.

Tapi tulah tak boleh selalu sangat main... Boleh kering duit pt aku... Boleh tahan mahal jugak main benda alah ni. huhu

Next time aku nak repeat lagi main sebelum habis belajar sebab kat Perlis takda mainan macam ni. Perlis kan panas boleh cair semua ais tu hahaha

Ok lah... Nanti kalau korang nak main ajak lah aku sekali k.

Bye-bye...


Saturday, November 10, 2018

BBM3410/18: Cuci Mata


Hai teman-teman.

Korang kalau stress buat ap?

Aku ni kalau stress suka shopping. Tapi lepas shopping aku stress balik sebab duit habis.

Tapi kalau tak shopping lagi stress.

Pening-pening.

Perlu shopping atau tak? hmm

Aku ni sejenis yang jalan sorang-sorang dan makan sorang-sorang pun ok.

Yang penting aku tak kacau orang dan orang tak kacau aku.

Senangkan hidup aku.

Jadi nak shopping atau jalan-jalan mana lepas ni?

Kalau korang nak ajak aku jalan-jalan aku on je.

Rojer je bila.. hehe



Gambar dari google.

BBM3410/18: Konvo aku tahun depan





Mai aku kenalkan salah seorang sahabat baik dan karib aku.
Nama dia Nadzirah.
Umur 23 tahun.
Baru lepas konvo. 
Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAPs)

Baru-baru ni aku aku jadi jurugambar pre-konvo dia. Cantik wey aku ambik hahaha

Masa aku tengah ambil gambar-gambar dia, tiba-tiba ada sorang brother ni nak tolong ambilkan gambar dia.

Yang untungnya member aku ni orang yang ambil gambar dia tu orang dari National Geografie kot.
Sah-sah lah gambar cantik dan cun-cun semua.
Yang lagi best nya free pulak tu. 
Tak perlu bayar apa-apa.

Alhamdulillah rezeki dia.
Dan aku doakan brother tu dimurahkan rezekinya.

Amiin..

BBM3410/18: Bila Prof Masuk Tv




Ho hoi hoiii
Prof aku masuk tv ok. 
Power tak power.
Bangga aku hapdet instagram pasal Prof masuk tv ni.

Sebenarnya, Prof aku yang suruh hapdet kat Instagram sebab katanya nak glamour untuk 2 saat. hahaha

Maaf maaf.
Sebenarnya, ni tugasan kitorang sebab nak cuti lebih. Masa ni aku kat kampung lagi. Dah lah line lambat nak mati. Nasib baik lepas jugak hapdet.

Yang paling bestnya Prof komen dan like aku punya post.
Terima kasih Prof.
Sayang Prof.

BBM3410/8: Ok ka Tak Ok?




Nak cuti lebih punya pasal, kenal lah hapdet dekat instagram gambar tangan buat ok macam tu... 

Senangkan nak dapat cuti. Kena pandai bodek Prof lah hihi

Bila tenung gambar ni lama-lama baru aku perasan jari aku dah gemuks. Tapi takpa lah yang penting aku bahagia dan perut tak lapar.. hahaha

Latar belakang ikan kering tu, makyong aku yang buat. Sekarang kat Perlis musim ikan sungai atau kami panggil ikan darat. Jadi apa lagi makyong aku buat kering lah terlalu banyak dan tak sempat nak makan. Boleh pulak tak sempat nak makan kan. Yang sebenarnya da jemu nak makan ikan tu hari-hari. Tapi aku tak makanlah ikan sebab tulang banyak dan tak boleh diterima tekan. Bukan sebab aku memilih atau berlagak ok. 

Jangan salah faham ok kang jatuh fitnah pulak. 
Sia-sia dapat dosa kering huhu

Ok jom sambung tolong makyong jemur ikan.


BBM3410/18: Tugasan Minggu 8 (Kampungku)

Hai hai...

Masa yang dinanti-nanti telah pun tiba.

Guess what?
Of course lah cuti midsem... yabedabeduuuu

Okay jom tarik beg balik kampung.

Tapi cuti kali ni tak macam cuti sebab cuti dengan tugasan Prof. Tapi tapi sebab tugasan yang Prof bagi lah aku boleh ukur jalan. hahaha

By the way, tugasan yang Prof bagi tak susah pun just hapdet gambar 10 keping dekat Instagram dengan #Kampungku..





Ni salah satu gambar yang aku hapdet dekat instagram. 
Nampak enak kan. 
5 hinggit je semangkuk ni. nyum nyum

Friday, November 9, 2018

BBM3410/18: Indulgance

Hai assalammualaikum teman-teman..

Apa khabar gais? Sihat ke?

Hari tu kawan baik aku bagi sepotong kek indulgance. Peberet aku pulak tu.

Walaupun bukan hari bahagia aku dia masih nak bagi aku kek. Aku sedikit terharu lah. Eh, bukan sikit tapi banyak terharunya... kang kata sikit merajuk pulak. Tak pasal-pasal tak dapat kek free nanti huhu

Terima kasih awak sebab bagi saya kek. Sayang awak  NZ, muah muah



BBM3410/18: Sengkuang Calit 2018


Pernah makan sengkuang calit?

Dah lama ngidam sengkuang calit sebenarnya sebab sekeping sekuang calit dapat mengimbau kenangan-kenangan silam zaman muda-mudi.. gitieww

Tahun 2018 ni payah nak jumpa makan rare macam ni. Zaman sekarang ni banyak makanan hipster adalah. Ni pun terjumpa sengkuang calit masa jualan pesta konvo haritu. Harga dia 2 hinggit. Sedap gliler wehh..

Rasa dia masih terasa lagi ni hahaha.. Power tak power

Mohon terliur..hahaha

BBM3410/18: Tugasan minggu 7 (One Shot)

Hai uolss..

Untuk tugasan minggu ni kitorang kena rekod video one shot. Rekod saja boleh tahan lagi tapi yang tak tahannya kitorang kena menari pastu upload kat youtube pulak tu.. adoii sumpah malu giler huhu

Aku kalau bab-bab menari dan berlakon ni out sikit. Menari macam kayu je. Aku dengan kayu aku rasa kayu okay lagi kot. 

Tapi demi assignment aku relakan jua. Malu letak tepi jap... hahaha
Korang boleh tengok tarian aku yang macam kayu tu dekat youtube. Mohon like dan subscribe ye... Alang-alang da masuk youtube kan nak jugak rasa glamour 2 saad macam Prof.. hihi

Link dibawah okay.

https://www.youtube.com/watch?v=MnJ3oHNInwo





Barisan penari-penari tapi da macam geng kongsi gelap dah...

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18: Makanan Kesukaan



Hai teman-teman…

Hari ni aku cerita tentang makanan yang aku suka makan. Mesti korang pun ada makan kesukaankan. Sama lah macam aku… hihi

Aku seorang yang takda nasi pun aku boleh hidup… hari-hari aku makan western pun okay… Nampak sangat acah-acah mat salleh yang tak berapa nak putih tu kan… Aku lebih suka daging berbanding ikan dan ayam. Aku lebih sukakan sayur-sayur bewarna berbanding kubis putih. Sedap takda warna jadi nampak tak menyelerakan. Kalau buah-buahan aku lebih sukakan buah yang masam… Terliur pula rasa… 

Semua ni gambar hasil pakcik google kesayangan aku. hihi









BBM3410/18: ABC KOREA


Assalammualaikum semua…
Hai apa khabar? Sihat ke?

Hari ni aku nak cerita tentang makanan yang pertama kali aku cuba dan boleh diterima tekak senang cerita sedap lah makan tu. Makanan yang aku nak cerita ni adalah sejenis pencuci mulut. Tapi pencuci mulut ni macam ABC tapi versi Korea punya ABC.

Aku makan dekat IOI Putrajaya tapi tak ingat la apa nama kedai dia. Aku dengan roommate cuba ABC pelam kata orang utara atau bahasa bakunya ABC Mangga… Masuk mulut terus cair ais dia… Sedap gila sampai nak jilat mangkok dia… hahaha



Ni kawan-kawan sebilik aku bilik 113



ABC Korea... Mohon jangan terliur ya teman-teman.




BBM3410/18: Tugasan minggu 6 (Simpulan Bahasa)



 Hai geng…

Mai sini dekat-dekat, rapat-rapat dengan skrin kaca laptop korang sebab hari ni aku nak cerita tentang tugasan atau aktiviti yang Prof kesayangan aku bagi untuk minggu ni.

Minggu ni kami diberi tugasan untuk mengambil gambar tetapi dalam bentuk cerita. Tapi kalau korang nak tahu gambar tersebut mestilah dalam bentuk simpulan bahasa. Nampak macam senang tapi susah sebenarnya… huhu

Setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih 10 simpulan bahasa. Antara simpulan bahasa yang menjadi pilihan Mawar Production ialah puteri lilin, ulat buku, buruk makan, tahi lalat, ketawa raja, celik huruf, suri hati, pencuci mulut, wang muka dan buah pena. Jadi kami kena menggayakan gambar dalam bentuk lakonan berdasarkan pada simpulan bahasa yang telah kami pilih.

Mai sini aku tunjukkan proses-proses semasa ambil gambar dan hasil gambar yang kami lakonkan. Hihi



Gigih tu ambil gambar




Yaya nampak macam pro di situ



Acah ja lebih diorang ni




Kereta dan duit pinjam kawan-kawan punya




Tengah belajar menulis ke tu awak?


Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Tentang Air Mata

Hai geng... 
Hari ni aku nak kongsi tentang air mata perempuan. Eh! macam tak kena ja dengan tajuknya. Minta halalkan je lah ye.. hihi

Baiklah, aku mulakan cerita aku ni. Kalau  korang nak tau tangisan daripada insan yang bergelar manusia terutamanya perempuan pasti tidak akan dapat dipisahkan. Perempuan lebih sinonim dengan air mata kerana hati perempuan sangat lembut bukan macam hati tisu yang selalu orang cakap kan tu.

Aku selalu melihat sahabat dan kawan-kawan aku menitiskan air mata atas sebab-sebab tertentu. Mereka menangis sebab mereka merasakan diri mereka akan tenang lepas tu. Aku juga seorang yang mudah menitiskan air mata. Kadang-kadang dengan melihat orang lain menangis atau mendengar cerita sedih aku mampu mengalirkan air mata. Aku bukan saja-saja nak menangis tapi hati aku mudah tersentuh. Sebab tu kalau kawan-kawan menangis aku boleh ikut turut menangis. Lembutkan hati aku.

Tapi aku tabik pada kawan aku yang susah menangis tapi dia sanggup menangis atas desakan dari orang lain. Senang cerita dia sedih atau dia terkilan dengan sikap orang lain. Sebab apa aku cakap macam tu... sebab dia mampu tahan air mata dia selama ni. Kalau aku da lama aku menangis dalam tandas sambil mandi. Hahaha

Jadi untuk orang yang selalu buat kawan aku menangis tu, korang jangan seronok sangat sebab tangisan boleh bertukar dengan kebahagiaan dan senyuman. Macam orang cakap, lepas turunnya hujan pasti akan ada sang pelangi menyinar. Jadi untuk kawan-kawan aku yang menangis tu, kalau nak pinjam atau sewa bahu aku rojer-rojer lah ye. Nanti aku bagi harga kasih sayang punya. Hahaha



Pelangi selepas hujan



Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Proses Flatlay


Hai geng…

Rasa macam lama dah tak lepak blog sampai cerita-cerita kan. Okay aku nak kongsi aktiviti yang aku buat masa kelas Prof. Macam biasa aktiviti yang Prof bagi tak pernah tak menarikkan. Sebab tu bila aku jejak kaki dalam kelas Prof dah rasa hilang semua tekanan tentang PITA. 

Untuk kelas minggu ni, aku dengan ahli kumpulan aku Mawar Production, diberi tugas untuk tangkap gambar. Antara jenis-jenis gambar yang perlu diambil adalah jenis flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Aku dengan ahli kumpulan aku tangkap gambar macam professional gila beb. Macam-macam posisi kami buat demi sekeping gambar yang cun. Dari situ aku dapat lihat bakat-bakat terpendam aku dan kawan-kawan yang lain. Kami bukan tak pro tapi Cuma tak nak tunjuk ja… Takut nanti orang kutuk.



Gigih kawan-kawan aku ni.




Tengah fokus pun cantik diorang ni.






BBM3410/18: Tentang Cinta

Hai geng...

Aku nak cerita tentang cinta. Tapi cerita cinta aku ni tak fokuskan antara cerita cinta antara lelaki dan perempuan sahaja tapi cerita cinta yang menyeluruh.

Pertama aku nak cerita cinta antara aku dan diri aku sendiri. Aku seorang yang ambil kisah tentang diri aku berbanding orang lain. Sebab kalau aku tak ambil tahu tentang diri aku sendiri sapa ja yang akan ambil tahu tentang diri aku kan. Jadi aku tak suka ambil tahu tentang diri orang lain tambah-tambah nak bercinta dengan orang lain. Fikir dua tiga kali jugak aku dibuatnya.




Yang kedua, cerita cinta antara aku dengan keluarga aku. Tak kan cinta aku dengan keluarga mertua pula kot. Kahwin pun belum lagi kan. Aku sangat cinta dan sayang terhadap keluarga aku. Sebab tanpa keluarga aku bukan siapa-siapa. Walaupun keluarga tak besar macam keluarga orang lain tapi aku masih ada keluarga yang sentiasa dan menyokong aku saat jatuh bangun aku selama ni.




Ketiga cerita cinta aku terhadap alam. Aku sangat sukakan keindahan alam. Sebab tu aku suka tanaman hijau walaupun cuma pokok yang punyai sehelai daun hijau. Aku rasa tenang dengan kedamaian alam. Jadi kalau hidup dihutan untuk seminggu aku rasa aku masih boleh hidup dengan aman. Tapi hutan sekarang banyak dah ditebang dan dimusnah akibat pembangunan dan kepesatan teknologi pada masa kini.




Itu ja cerita cinta yang aku kongsi. Yang lain-lain cinta mungkin aku akan kongsi pada lain hari. Itu pun kalau aku masih ada cinta yang tak dirahsiakan...


Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Saya Yang Bertuah


Pesta  Makanan Tradisional, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Sini aku nak kongsi sikit aktiviti yang berlangsung sepanjang pesta makanan tersebut. Kalau disebut pesta makanan sudah tentulah banyak makanan tradisional yang terjual. Antara makanan yang dijual antaranya ialah nasi lemak, laksa Penang, laksa Sarawak, laksa utara, lontong kering dan banyak lagi. Selain itu, antara aktiviti lain yang berlangsung pada hari tersebut ialah demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan, Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Selain itu, antara aktiviti lain yang berlangsung ialah pertandingan ukir buah tembikai dan pertandingan mewarna. Aktiviti cabutan bertuah juga berlangsung. Tidak disangka saya merupakan antara yang bertuah. Jarang seorang Ain ni bertuah tau. Nombor bertuah seorang Ain pada hari tersebut ialah 82. Taniah dan syabas untuk diri sendiri!



Nampak tak seorang Ain tengah pegang nombor bertuahnya tu..


Hadiah hasil daripada cabutan bertuah yang seorang Ain dapat..

BBM3410/18: Fotografi Tak Berbayar

Hai geng..

Jumpa lagi… Aku nak cerita aktiviti-aktiviti aku minggu lepas.

Minggu lepas aku dan kawan-kawan jadi model dan juru gambar yang tidak berbayar. Antara jenis gambar fotografi yang diambil ialah gambar mug shot, long shot, medium shot, portrait, bird’s eye view dan over the shoulder. Kalau nak tahu kawan-kawan aku semua hebat-hebat untuk jadi juru gambar dan model.  

      
Antara tempat-tempat yang menjadi pilihan aku dan kawan-kawan ialah kawasan rumah tradisonal Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Kebetulan pada hari tersebut berlangsungnya pesta makanan tradisional di kawasan rumah tradisional FBMK. Nanti aku tunjuk gambar kawan-kawan aku yang menggayakan aksi model yang cantik-cantik. Sebenarnya, kawan aku semua memang cantik-canti persis model.  Jadi itu tidak menjadi masalah bagi menghasilkan gambar yang cantik.


Ini antara gambar yang kawan-kawan aku ambilkan. Cantik kan.. Terima kasih kawan untuk gambarnya..


Di sekitar gerai jualan..



#ProfCantikSangat



BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...