Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Asas Grafik


NOTA ASAS GRAFIK

Antara ciri asas grafik adalah seperti berikut:

👉 Mudah
Seuatu asas grafik mestilah mempunyai ciri mudah. Hal ini demikian kerana grafik yang mudah akan memudahkan pemahaman orang yang melihat terutamatanya. 

👉 Keseimbangan
Ciri keseimbangan merupakan ciri yang perlu ada dalam asas grafik. Keseimbangan di sini merujuk kepada objek yang terdapat dalam sesuatu grafik itu seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Keimbangan ini akan menampakkan sesuatu grafik itu kemas dan menarik.

👉 Kesesuaian
Ciri kesesuaian dalam sesuatu asas grafik ialah objek, latar belakang, warna dan tulisan yang digunakan adalah sesuatu bagi merujuk objek tersebut.

👉 Warna
Ciri warna dalam sesuatu asas grafik perlulah sesuai dan menarik. Kombinasi warna yang digunakan akan mencantikkan dan menarik minat orang yang melihatnya.

👉 Teks
Ciri teks merupakan ayat atau slogan yang digunakan adalah bersesuaian dengan gambar. Bukan itu sahaja saiz tulisan dan jenis tulisan juga adalah penting. Hal ini demikian kerana, teks yang baik akan memberi mesej yang baik kepada pembaca apabia membacanya.

1 comment:

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...