Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Saya Yang Bertuah


Pesta  Makanan Tradisional, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Sini aku nak kongsi sikit aktiviti yang berlangsung sepanjang pesta makanan tersebut. Kalau disebut pesta makanan sudah tentulah banyak makanan tradisional yang terjual. Antara makanan yang dijual antaranya ialah nasi lemak, laksa Penang, laksa Sarawak, laksa utara, lontong kering dan banyak lagi. Selain itu, antara aktiviti lain yang berlangsung pada hari tersebut ialah demo masakan tradisional oleh chef dari Fakulti Teknologi dan Makanan, Universiti Putra Malaysia. Antara masakan yang menjadi pilihan chef ialah onde-onde Royal Blue dan masak lemak cili api negeri Sembilan. Selain itu, antara aktiviti lain yang berlangsung ialah pertandingan ukir buah tembikai dan pertandingan mewarna. Aktiviti cabutan bertuah juga berlangsung. Tidak disangka saya merupakan antara yang bertuah. Jarang seorang Ain ni bertuah tau. Nombor bertuah seorang Ain pada hari tersebut ialah 82. Taniah dan syabas untuk diri sendiri!



Nampak tak seorang Ain tengah pegang nombor bertuahnya tu..


Hadiah hasil daripada cabutan bertuah yang seorang Ain dapat..

1 comment:

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...