Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik Jari-jemari Ain

Kuliah Minggu Kedua bagi Seorang Ain!

Hai.. Minggu kedua bagi seorang Ain telah tiba..

Masa yang dinantikan.. 
Pada minggu ini setiap kumpulan dikehendaki untuk menghasilkan asas grafik. Setiap kumpulan perlu mencari gambar yang mempunyai kelima-lima ciri asas grafik.

Ciri-ciri Asas Grafik terdiri daripada:
1.Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Setelah itu, mencari gambar, kami gunting dan lekat-lekat gambar tadi pada mounting board. Tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah sebab selalu main lekat-lekat.  Kadang-kadang sampai terlekat mulut kawan sebelah sebab dia banyak cakap.

Nak tengok hasil kreativiti jari-jemari Mawar Production?

Kalau cantik, jangan lupa puji…
Kalau tak cantik jangan hina pulak…
Kalauu sedap mata memandang, Alhamdulillah… Maknanya bakat main lekat-lekat zaman sekolah masih hebat lagi lah tu..


Inilah hasil dari jari-jemari Ain dan Mawar Production...
Cantik, Menarik dan tertarik bukan…
Kalau Ain tak puji bakat sendiri, siapa lagi nak puji kan..

Jadi, berapa bintang kawan-kawan rasa nak bagi?




BBM3410/18: Kuliah Pertama Seorang Ain

Kuliah pertama bagi seorang Ain!

 Bermula lah perjalanan bagi seorang Ain pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Kuliah pertama bagi minggu pertama bermula dengan kelas Multimedia Dalam Bahasa yang dikendalikan oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. Kuliah pertama bermula sudah disebut mengenai cara pemakaian dan adab untuk ke kelas. Hal ini demikian kerana, disiplin dalam pemakaian sangat penting bagi seorang pelajar kerana imej sebagai seorang pelajar yang akan dipandang terlebih dahulu.

Pada kuliah pertama juga sudah diberi penjelasan mengenai peratusan bagi markah untuk subjek ini. Markah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 80 peratus bagi tugasan individu dan kumpulan dan 20 peratus lagi peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada bulan Januari 2019 nanti.

Di samping itu, pada kuliah pertama juga Prof  telah memberi tahu bahan-bahan keperluan yang perlu bawa untuk tugasan pertama bagi kuliah kedua yang akan datang. Antara bahan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

1. 6 keping mounting board bersaiz A4 yang siap dipotong
2. Gunting dan pisau
3. Gam uhu stick
4. Riben lebar
5. Majalah terpakai
6. Penebuk kertas

Nak tahu apa yang seorang Ain dan ahli kumpulannya akan lakukan dengan bahan-bahan tersebut?
Jumpa pada minggu hadapan..




BBM3410/18: Saya Ain dan Masih Bujang

Selamat datang ke Blog Seorang Ain!


Saya Norain binti Azlan. Ramai kawan-kawan yang panggil saya dengan panggilan Ain, Aing, Ai dan macam-macam lagi lah. Menyahut saja lah saya, kalau tak menyahut kawan-kawan merajuk pula nanti. Berkawan dengan perempuan kan.. hati dan perasaan perempuan kena juga jaga.

Mesti ada yang tertanya-tanya umur saya berapa kan? Saya berumur 23 Tahun dan masih bujang. Tinggi 161 dan berat dirahsiakan

Saya merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Dimana saya mempunyai seorang kakak yang berumur 26 tahun dan seorang adik lelaki yang berumur 17 tahun.

Saya berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Sebuah negeri yang sangat kecil, comel dan bebas dari sebarang kesesakan lalu lintas.  

Saya merupakan pelajar Tahun Akhir Bacelor Satera Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Saya tengah bergelut dengan PITA (Penulisan Ilmiah Tahun Akhir) dan sebab itulah, sampai sekarang masih bujang. Sibuk dengan pelajaran sampai lupa nak cari jodoh.

Terima kasih sebab sudi kenal dengan seorang Ain yang masih bujang.







BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...