Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video One Shot

NOTA VIDEO ONE SHOT

πŸ‘‰ One Shot One Layer
Video one shot merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Kamera atau alat perakam video perlu berada dalam keadaan yang stabil. Dalam sesuatu video one shot yang bergerak hanyalah objek dan bukannya kamera. Semua objek bergerak pada masa yang sama kearah kamera. Jadi bagi video one shot objek akan bergerak fokus kepada kedudukan kamera yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana, kedudukan kamera adalah tetap dan solid.

πŸ‘‰ One Shot Two Layer
Video one shot Two Layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa mengubahkan kedudukan atau posisi kamera. Namun, kedudukan objek yang rakam mestilah satu yang menyanyi dan satu lagi berlakon. Dalam video one shot two layer, hendaklah direkod ditempat yang lapang dan tiada gangguan seperti pokok yang bergerak atau kenderaan yang lalu lalang. Sekiranya terdapat gangguan ketiga dalam video tersebut, video itu tidak dikira sebagai video two layer.

πŸ‘‰One Shot Three Layer
Video one shot three layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Dalam video tersebut objekl seperti penyanyi dan pelakon bergerak serentak dan mempunyai objek tambahan yang bergerak secara tidak sengaja. Namun, video ini direkod secara tidak sengaja dan sekiranya terdapat gangguan seperti pokok atau kenderaan lalu lalang ia di bolehkan. Perkara ini yang akan  menggambarkan three layer dalam video tersebut.

1 comment:

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...