Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Tentang Cinta

Hai geng...

Aku nak cerita tentang cinta. Tapi cerita cinta aku ni tak fokuskan antara cerita cinta antara lelaki dan perempuan sahaja tapi cerita cinta yang menyeluruh.

Pertama aku nak cerita cinta antara aku dan diri aku sendiri. Aku seorang yang ambil kisah tentang diri aku berbanding orang lain. Sebab kalau aku tak ambil tahu tentang diri aku sendiri sapa ja yang akan ambil tahu tentang diri aku kan. Jadi aku tak suka ambil tahu tentang diri orang lain tambah-tambah nak bercinta dengan orang lain. Fikir dua tiga kali jugak aku dibuatnya.




Yang kedua, cerita cinta antara aku dengan keluarga aku. Tak kan cinta aku dengan keluarga mertua pula kot. Kahwin pun belum lagi kan. Aku sangat cinta dan sayang terhadap keluarga aku. Sebab tanpa keluarga aku bukan siapa-siapa. Walaupun keluarga tak besar macam keluarga orang lain tapi aku masih ada keluarga yang sentiasa dan menyokong aku saat jatuh bangun aku selama ni.




Ketiga cerita cinta aku terhadap alam. Aku sangat sukakan keindahan alam. Sebab tu aku suka tanaman hijau walaupun cuma pokok yang punyai sehelai daun hijau. Aku rasa tenang dengan kedamaian alam. Jadi kalau hidup dihutan untuk seminggu aku rasa aku masih boleh hidup dengan aman. Tapi hutan sekarang banyak dah ditebang dan dimusnah akibat pembangunan dan kepesatan teknologi pada masa kini.




Itu ja cerita cinta yang aku kongsi. Yang lain-lain cinta mungkin aku akan kongsi pada lain hari. Itu pun kalau aku masih ada cinta yang tak dirahsiakan...


1 comment:

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...