Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Kuliah Pertama Seorang Ain

Kuliah pertama bagi seorang Ain!

 Bermula lah perjalanan bagi seorang Ain pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Kuliah pertama bagi minggu pertama bermula dengan kelas Multimedia Dalam Bahasa yang dikendalikan oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim. Kuliah pertama bermula sudah disebut mengenai cara pemakaian dan adab untuk ke kelas. Hal ini demikian kerana, disiplin dalam pemakaian sangat penting bagi seorang pelajar kerana imej sebagai seorang pelajar yang akan dipandang terlebih dahulu.

Pada kuliah pertama juga sudah diberi penjelasan mengenai peratusan bagi markah untuk subjek ini. Markah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 80 peratus bagi tugasan individu dan kumpulan dan 20 peratus lagi peperiksaan akhir yang akan berlangsung pada bulan Januari 2019 nanti.

Di samping itu, pada kuliah pertama juga Prof  telah memberi tahu bahan-bahan keperluan yang perlu bawa untuk tugasan pertama bagi kuliah kedua yang akan datang. Antara bahan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

1. 6 keping mounting board bersaiz A4 yang siap dipotong
2. Gunting dan pisau
3. Gam uhu stick
4. Riben lebar
5. Majalah terpakai
6. Penebuk kertas

Nak tahu apa yang seorang Ain dan ahli kumpulannya akan lakukan dengan bahan-bahan tersebut?
Jumpa pada minggu hadapan..




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...