Kadang-kadang rindu pada yang tiada rasanya sangat perit.
Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan tu. Hanya orang yang laluinya saja dapat rasa perasaan tu.
Aku sebenarnya rindu mak dan ayah aku.
Dah lama aku tak lontarkan kalimah "mak" dan "ayah" tu. Rasa janggal kalau sekarang orang suruh lontarkan.
Sudah 16 tahun aku hidup tanpa kasih seorang ayah dan 6 tahun tanpa peluk cium seorang ibu.
Permulaan Darjah 1 dengan tagisan hilangnya seorang ayah dan pengakhiran Tingkat 5 dengan tangisan hilangnya aku seorang ibu.
Dan aku berdoa agar tamatnya pengajian aku di peringkat ijazah sarjana muda tanpa sebarang tangisan air mata.
Doakan aku untuk terus tersenyum dalam setiap tangisan yang pernah aku lalui.

sila lawati blog saya dan Sila tinggalkan komen di bawah, dan beritahu saya pendapat anda! klik di sini dan lawati
ReplyDelete