Hai geng...
Hari ni aku nak kongsi tentang air mata perempuan. Eh! macam tak kena ja dengan tajuknya. Minta halalkan je lah ye.. hihi
Baiklah, aku mulakan cerita aku ni. Kalau korang nak tau tangisan daripada insan yang bergelar manusia terutamanya perempuan pasti tidak akan dapat dipisahkan. Perempuan lebih sinonim dengan air mata kerana hati perempuan sangat lembut bukan macam hati tisu yang selalu orang cakap kan tu.
Aku selalu melihat sahabat dan kawan-kawan aku menitiskan air mata atas sebab-sebab tertentu. Mereka menangis sebab mereka merasakan diri mereka akan tenang lepas tu. Aku juga seorang yang mudah menitiskan air mata. Kadang-kadang dengan melihat orang lain menangis atau mendengar cerita sedih aku mampu mengalirkan air mata. Aku bukan saja-saja nak menangis tapi hati aku mudah tersentuh. Sebab tu kalau kawan-kawan menangis aku boleh ikut turut menangis. Lembutkan hati aku.
Tapi aku tabik pada kawan aku yang susah menangis tapi dia sanggup menangis atas desakan dari orang lain. Senang cerita dia sedih atau dia terkilan dengan sikap orang lain. Sebab apa aku cakap macam tu... sebab dia mampu tahan air mata dia selama ni. Kalau aku da lama aku menangis dalam tandas sambil mandi. Hahaha
Jadi untuk orang yang selalu buat kawan aku menangis tu, korang jangan seronok sangat sebab tangisan boleh bertukar dengan kebahagiaan dan senyuman. Macam orang cakap, lepas turunnya hujan pasti akan ada sang pelangi menyinar. Jadi untuk kawan-kawan aku yang menangis tu, kalau nak pinjam atau sewa bahu aku rojer-rojer lah ye. Nanti aku bagi harga kasih sayang punya. Hahaha
Pelangi selepas hujan
you can visit my blog and comment also in my blog
ReplyDelete