Saya Norain binti Azlan. Ramai kawan-kawan
yang panggil saya dengan panggilan Ain, Aing, Ai dan macam-macam lagi lah. Menyahut
saja lah saya, kalau tak menyahut kawan-kawan merajuk pula nanti. Berkawan
dengan perempuan kan.. hati dan perasaan perempuan kena juga jaga.
Mesti ada yang tertanya-tanya
umur saya berapa kan? Saya berumur 23 Tahun dan masih bujang. Tinggi 161 dan
berat dirahsiakan
Saya merupakan anak kedua daripada tiga
orang adik beradik. Dimana saya mempunyai seorang kakak yang berumur 26 tahun
dan seorang adik lelaki yang berumur 17 tahun.
Saya berasal dari negeri Perlis
Indera Kayangan. Sebuah negeri yang sangat kecil, comel dan bebas dari sebarang
kesesakan lalu lintas.
Saya merupakan pelajar Tahun
Akhir Bacelor Satera Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Saya tengah bergelut dengan PITA
(Penulisan Ilmiah Tahun Akhir) dan sebab itulah, sampai sekarang masih bujang.
Sibuk dengan pelajaran sampai lupa nak cari jodoh.
ReplyDeletenice. please visit my blog and Please leave a comment below, and let me know what you think! click here and visit