Thursday, December 6, 2018

BBM3410/18: Facebook



Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi




Gambar depan kelas masa kelas berbantukan komputer




Gambar lepas perasmian Pesta Makanan Tradisional 2018


Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Nota Video Tanpa Wajah

NOTA VIDEO TANPA WAJAH

Video tanpa wajah merupakan video yang langsung tidak menampakkan rupa pelakon dalam sesuatu video itu. Video tanpa wajah diambil atau dirakam dengan memfokuskan satu objek utama seperti tangan, kaki, anak patung atau sebagainya. Video tanpa wajah direkod berdasarkan 1 buah lagu yang dipilih dan mempunyai cerita yang ingin disampaikan. Video tanpa wajah boleh dirakam atau direkod di lokasi atau kawasan yang berbeza. Video tanpa wajah boleh disunting seperti melaraskan pencahayaan, lagu atau sebaliknya.

BBM3410/18: Nota Video One Shot

NOTA VIDEO ONE SHOT

πŸ‘‰ One Shot One Layer
Video one shot merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Kamera atau alat perakam video perlu berada dalam keadaan yang stabil. Dalam sesuatu video one shot yang bergerak hanyalah objek dan bukannya kamera. Semua objek bergerak pada masa yang sama kearah kamera. Jadi bagi video one shot objek akan bergerak fokus kepada kedudukan kamera yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana, kedudukan kamera adalah tetap dan solid.

πŸ‘‰ One Shot Two Layer
Video one shot Two Layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa mengubahkan kedudukan atau posisi kamera. Namun, kedudukan objek yang rakam mestilah satu yang menyanyi dan satu lagi berlakon. Dalam video one shot two layer, hendaklah direkod ditempat yang lapang dan tiada gangguan seperti pokok yang bergerak atau kenderaan yang lalu lalang. Sekiranya terdapat gangguan ketiga dalam video tersebut, video itu tidak dikira sebagai video two layer.

πŸ‘‰One Shot Three Layer
Video one shot three layer merupakan video yang dirakam atau direkod pada satu masa tanpa megubah kedudukan atau posisi kamera. Dalam video tersebut objekl seperti penyanyi dan pelakon bergerak serentak dan mempunyai objek tambahan yang bergerak secara tidak sengaja. Namun, video ini direkod secara tidak sengaja dan sekiranya terdapat gangguan seperti pokok atau kenderaan lalu lalang ia di bolehkan. Perkara ini yang akan  menggambarkan three layer dalam video tersebut.

BBM3410/18: Nota Papan Cerita

NOTA PAPAN CERITA

Papan cerita merupakan lakaran bagi mengambarkan idea dan turutan isi kandungan yang terdapat dan digunakan. Idea dan isi kandungan boleh digambarkan dalam bentuk papan cerita seperti lukisan, animasi, lakaran dan sebagainya.

Dengan adanya papan cerita, sesuatu benda yang dihasilkan akan berjalan dengan lancar dan mengikut aturan tanpa meninggalkan maklumat-maklumat penting. Di samping itu, papan cerita juga akan memudahkan sesuatu penghasilan. Sebagai contoh, dalam menghasilkan sebuah E-majalah yang memfokuskan objek utamanya iaitu botol air, gambaran awal pada papan cerita hendaklah melakar jenis botol air, warna botol air, bentuk botol air, saiz dan fungsinya. Ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan idea dan objek tersebut.

BBM3410/18: Nota Asas Grafik


NOTA ASAS GRAFIK

Antara ciri asas grafik adalah seperti berikut:

πŸ‘‰ Mudah
Seuatu asas grafik mestilah mempunyai ciri mudah. Hal ini demikian kerana grafik yang mudah akan memudahkan pemahaman orang yang melihat terutamatanya. 

πŸ‘‰ Keseimbangan
Ciri keseimbangan merupakan ciri yang perlu ada dalam asas grafik. Keseimbangan di sini merujuk kepada objek yang terdapat dalam sesuatu grafik itu seimbang antara kiri, kanan, atas dan bawah. Keimbangan ini akan menampakkan sesuatu grafik itu kemas dan menarik.

πŸ‘‰ Kesesuaian
Ciri kesesuaian dalam sesuatu asas grafik ialah objek, latar belakang, warna dan tulisan yang digunakan adalah sesuatu bagi merujuk objek tersebut.

πŸ‘‰ Warna
Ciri warna dalam sesuatu asas grafik perlulah sesuai dan menarik. Kombinasi warna yang digunakan akan mencantikkan dan menarik minat orang yang melihatnya.

πŸ‘‰ Teks
Ciri teks merupakan ayat atau slogan yang digunakan adalah bersesuaian dengan gambar. Bukan itu sahaja saiz tulisan dan jenis tulisan juga adalah penting. Hal ini demikian kerana, teks yang baik akan memberi mesej yang baik kepada pembaca apabia membacanya.

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Minggu 9 (Adobe Photoshop)

Hai, Assalammualaikum...

Tengah sedap-sedap makan nasi kerabu Cikgu Jani kat Sri Serdang, tiba-tiba dapat whatsapp dalam group kena rekod diri tengah buat Adobe Photoshop (Kalendar).

Apa lagi, bertambah selera lah aku makan.. huhu hakikatnya tengah gelabah masa tu.

Makan cepat-cepat terus request My Car balik kolej. Ingat nak balik dengan bas free Smart Selangor. Tapi memandangkan bas tu kena tunggu lama so aku ambil keputusan balik dengan My Car. Terbang melayang duit aku 2 ringgit.. huhu

Jadi sampai bilik, buka laptop terus buat Adobe Photoshop.
Gigih gila aku...

Demi markah ku relakan jua.. gittieww

So aku letak sikit video aku tengah buat kalendar 2019.

Disebabkan video ni lebih 100MB dan blog tak support. Jadi aku masukkan dekat YouTube dulu.

Boleh klik link dibawah untuk tontonan... hihi

https://youtu.be/nrjH-aAVOhM





Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Twitter

Media sosial yang paling best atau yang paling aku suka ialah Twitter.

Nak tahu kenapa?

Sebabnya, kat Twitter lah kita boleh dapat semua maklumat.

Kat Twitter jugak lah kita boleh update apa-apa je tanpa fikir hal orang lain.

Senang cite kat Twitter lha tempat aku lepak selalu.

Baca ayat-ayat power, kadang-kadang boleh sentap sorang-sorang...hahaha

Kat Twitter jugak lah kena buat tugasan Prof.

Hilang privasi terus sebab kena follow kawan-kawan kelas yang lain... huhu

Tapi demi tugasan ku relakan jua...












BBM3410/18: Facebook

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Siap update gambar dengan Prof tercantik di laman Facebook saya... Hihi Gambar de...